Thursday 7 August 2014

Tahukah Anda : JANGKA HAYAT MINYAK WANGI ?

Anda pakai perfume bertahun-tahun tapi masih belum habis? Pernah terfikir tak, perfume ada tarikh luput atau tidak?

=====================JANGKA HAYAT PERFUME=====================

 Ada pelanggan bertanya samada perfume original mempunyai 'expiry date' atau tidak? Ini soalan yang baik. Di sini, saya kongsikan kepada anda info berikut:

1. 'Batch code' bagi setiap perfume akan menyatakan bilakan tahun ianya dikeluarkan (manufacturing date), walau bagaimana TIADA tarikh luput (expiry date) dinyatakan.

2. Standard jangka hayat produk kosmetik (termasuk perfume) biasanya 3 tahun, tetapi jika disimpan dengan cara yang betul, jangka hayatnya boleh melebihi tempoh 3 tahun selepas dibuka.

3. Cara simpan sangat mempengaruhi keadaan perfume. Sebaiknya perfume disimpan di dalam kotaknya, ditempat gelap dan elakkan cahaya langsung matahari dan pemanasan haba.

4. Tahun dikeluarkan (manufacturing date) boleh disemak di Cosmetic Calculator: www.checkcosmetic.net

5.Contoh semakan 'batch code' (manufacturing date) yang dibuat secara online boleh dilihat pada gambar.


0 comments:

Post a Comment