Monday 4 August 2014

Minyak Wangi Dan Personaliti



Menurut lelaman www.eh.com.my, memilih haruman buat dipakai setiap hari adalah sesuatu yang mungkin sukar untuk dipilih oleh sesetengah orang. Bukan setakat aromanya yang mampu membuatkan orang sekeliling berasa selesa malah bersesuaian dengan personaliti seseorang itu.

Terdapat beberapa kategori wangian yang boleh menggambarkan personaliti si pemakai iaitu :

Personaliti: Feminin

Jenis Haruman: Bunga-bungaan
Haruman yang di ekstrak dari bunga melambangkan kelembutan dan sifat merendah diri seseorang. Disesuaikan gaya keseluruhan dengan helaian motif bunga dengan haruman jenis ini mampu menambat hati lelaki yang menghidunya.

BEST FLORAL PERFUMES LIST


1. Pleasures by Estee Lauder

(Elegant and light, this perfume is the epitome of femininity. It is romantic and soft, making it a great choice for evening wear. However, because it is one of the best-known light floral perfumes, it is subtle enough for daytime wear as well. Its pleasant accords come from a masterful combination of white lily, black lily, white peony, violet leaves, baie rose and Karo-Karounde. The baie rose is rare in perfumes, which makes this scent a little more enigmatic than other perfumes on this list.)

2. Rose the One by Dolce & Gabbana

(Women who love the scent of rose will find this scent irresistible. It is packed with Bulgarian rose, but is also carefully balanced with peony, Madonna lily, peach, plum and muguet. Its base is musky, with a hint of amber to give it a slightly warming feel to balance out the brightness of the top and middle notes. It is the quintessential floral fragrance that every woman should own in her collection.)

3. Flower by Kenzo

This is one of the best floral perfumes because it doesn’t mess around. It doesn’t try to be slightly oriental or partially fruity. It is a floral perfume through and through, from the top notes of Bulgarian Rose, Palma violets, cassie and wild hawthorn to the heady heart of opopanax and white musk. Even the base notes scream floral with the hedione and cyclosal accords expertly continuing the flirty feel of the fragrance through to the end. As with many other floral perfumes, Flower is designed for daytime wear during the spring and summer.

4. Parisienne by Yves Saint Laurent

Designed to symbolize the freedom of modern women, this scent is ultra-feminine and highly sensual. It has some components of fruity floral perfumes, with its blackberry top notes, but its damask rose heart places it firmly in the floral perfume category. Its sandalwood base adds a hint of mystery to the woman who is not from Paris but has been accepted by the luminous city as one of its own.

5. Diorissimo by Dior

This classic scent first made its appearance in 1955 by the famous perfumer Edmond Roudnitska. It was designed to be a single flower perfume that highlighted the freshness of the lily of the valley. However, it also features a touch of jasmine that makes it smell as bright as an early spring morning. Dior is one of the most highly-fashionable brands around, so wearing Diorissimo will always be in style. Although this floral fragrance can be worn anytime, it is best suited for casual daytime wear.


Personaliti: Elegan

Jenis Haruman: Akuatik
Seorang wanita yang mempunyai impian yang besar dalam hidupnya. Bersemangat dalam apa jua yang dilakukan, intelektual dan bersahaja.

(click untuk besarkan size gambar)


Personaliti: Sofistikated dan Chic

Jenis Haruman: Hijau
Wanita yang gemar mengenakan bauan yang segar ini sukakan sedikit ‘drama’ dalam hidupnya. Haruman jenis ini mempunyai baunya yang tersendiri dan mampu menghilangkan stres.

Personaliti: Klasik dan Berkeyakinan

Jenis Haruman: Sitrus
Si pemakai haruman jenis sitrus membawa diri mereka sebagai seorang yang elegan dan mempunyai keyakinan yang sangat tinggi. Wanita yang suka bauan sitrus mempunyai sisi kecantikan yang klasik.

Personaliti: Seksi

Haruman: Oriental
Pemakaian haruman oriental membangkitkan rasa seksi si pemakai.

Personaliti: Periang

Haruman: Gourmand
Aromanya yang cukup memikat dan menyenangkan membuatkan si pemakai sentiasa ceria dan ketawa dalam kehidupan seharian.





 Dipasaran kita kini terdapat beberapa gred wangian yg dijual untuk kesesuaian budget kewangan kita. Tertakluk pada pengguna untuk memilihnya. Apa yang penting pengguna juga harus bijak membeli dan berbaloi dgn wang yg dibelanjakan.

Terdapat beberapa kategori minyak wangian berjenama antarabangsa yang ada dipasaran kita. Antaranya adalah minyak wangi original. minyak wangi original ini biasanya harganya cukup mahal . Kategori kedua adalah jenis original reject. original reject adalah product 100% asli tetapi terdapat kecacatan pada botol. Harganya juga 60-70% lebih murah dari harga minyak wangi original yg sempurna .  Amat mudah untuk mengenali product original reject ,nak kenal senang saje..

-----------------------------------------------------------------------------
✿KENALI PERFUME ORIGINAL REJECT (100% AUTHENTIC) :-✿
-----------------------------------------------------------------------------
Apa itu Reject Perfume?
Reject bermaksud kecacatan yang terdapat pada botol, label, bungkusan dan sebagainya yang tidak lagi sesuai untuk dijual di kaunter.

Ia di kategorikan sebagai 'Perfume Reject ' kerana : 
1. Tulisan jenama di botol pudar. 
2. Penutup botol longgar @ hilang. 
3. Tiada kotak (kotak kemek).
4. Kerosakan / calar pada botol. 

Factory Minor Defect.
Kebiasaanya perfume yang di jual di kaunter 100% sempurna dengan bungkusan dan sebagainya. Reject Perfume adalah sebaliknya.

AWAS! : sebagai pembeli anda juga harus berhati2. kerana ada peniaga yang menjual product gred atau dubai tetapi mereka klaim sebagai original defect. kes seumpama ini memang ada terjadi. Justeru, sebagai pengguna cara bagaimanakah untuk anda memastikan kedai yg anda pilih itu tidak menipu?

Jawanpannya mudah, pertama anda perlu mencari kedai yg ada jaminan wang dikembalikan. al-maklum sajalah ,walau perfume dijual adalah reject tetapi ianya adalah 100% authentic. Jadi harganya pasti takkan jatuh dari RM130 dan keatas mengikut ML. Oleh itu dgn adanya jaminan wang dikembalikan , anda tidak perlu risau jika minyak wangi yg dibeli tidak memuaskan hati.

Kedua, seelok-eloknya cariklah kedai yg ada menyediakan sample untuk dicuba. bukan vial yg ada packaging pembalut cantik itu, tapi sampel dari product original reject yg mereka jual sendiri. iaitu sample yg diisi semula dari botol besar ke dalam botol sample.dgn cara ini anda sebagai pengguna dapat menilai sendiri keaslian wangian original reject tanpa perlu membelanjakan modal yg besar. 

Vial

(contoh perfume sample original reject yg diambil dari botol besar dan direfill ke botol percubaan)

Ketiga, jika anda membeli minyak wangi secara online ,perlu juga anda melihat album testimoni pelanggan-pelanggan terdahulu kedai terbabit. bukan apa, di alam maya ada peniaga betul dan ada peniaga penipu aka scammer. scammer juga menjual barang, tapi barang dijual "yi lek" atau "tak de".ertinya jika anda bank in duit.duit lesap, barang tak juga dapat2. Jadi sentiasalah mengambil langkah berhati-hati ya.

ok..kategori minyak wangi berikutnya yang terdapat dipasaran kita adalah jenis gred atau dubai. Harus difahamkan bahawa perfume Gred AAA atau 5A adalah BUKAN ORIGINAL. cara nak kenal pun mudah...


================================
KENALI PERFUME GRED AAA DUBAI
=================================

✔ Persamaan botol 100% dengan ori
✔ Persamaan bau 80-90% sama dengan ori
✔ Ketahanan bau bergantung pada jenisnya samada EDT,EDP ataupun cologne
✔ Jimat hampir 80% dari harga perfume ori (murah gile)
✔ Perfume Gred yang paling berkualiti berbanding Gred A dan Gred AA.

pada kebiasaanya, perfume gred ini berkotak.packagingnya hampir menyerupai yg original. Harganya pula memang jauh lebih murah dari perfume original dan jenis original defect. Harga biasa dipasaran RM60 atau kebawah.

contoh perfume gred / Dubai


Dalam menilai kuality minyak wangi juga ada teknik2nya.nak taw? jom baca teknik mudah ini.dan anda sudah boleh mempraktikkanya :-


TIPS SIMPLE TEST PERFUME ANDA :-

langkah 1 : test spraykan wangian anda di kertas putih dan lihat kesan basahannya mampu bertahan lebih dari 2 minit atau tidak. ini bertujuan untuk beri kefahaman bahawa produk yg dibeli adalah yang tulen dan bukannya gred pasar malam.

langkah 2 : masukkan wangian dalam peti ais selama 2-3 jam untuk reset balik bau perfume tersebut sebab perfume tu mungkin mengalami "ganguan" akibat suhu tinggi dan perjalanan yg jauh dari pelbagai2 negara. ini bertujuan bahawa bau pada perfume boleh direpair dan dibaik pulih..... (ini adalah keistimewaan perfume yg ori sahaja)

langkah 3 : kemudian, spray semula kat tangan dan lihat bau nyer tahan atau tidak... sekiranya masih tidak tahan lama... cuba spray pada tangan rakan2 yg lain ataupon adik beradik.ini bertujuan untuk membuktikan bahawa perfume sememangnya bertindak balas ngan hormon badan si pemakai.

langkah 4 : harus difahamkan tahap ketahanan sesuatu perfume juga bergantung kepada jenisnya, samada ianya EDT, EDP ,Parfum atau pun cologne.

Cara salah memakai "perfume".

Anda pakai perfume tapi tak wangi macam kawan anda, padahal sama-sama pakai perfume yang berkualiti. Anda tak puas hati, orang di sekeliling semua memujinya dek kerana wangi badannya, tapi seorang pun tak puji anda. Kenapa? Kalau anda nak tau, sebabnya adalah anda menggunakan perfume dengan cara yang salah! Gambar di atas adalah contoh memakai perfume dengan cara yang salah. Jangan tiru aksinya, jika anda meniru, kami tidak akan bertanggungjawab di atas segala kemalangan yang berlaku atas tindakan tersebut! Selain daripada contoh di atas, di bawah ini kami senaraikan 8 lagi cara yang salah memakai perfume:- 


1. Pakai perfume semasa tubuh masih basah 

Biasanya kita memakai perfume selepas mandi. Tapi jangan terus memakainya setelah habis mandi. Pakai setelah badan agak kering. Tunggu sejenak agar kulit anda mengeluarkan minyak semulajadi dari tubuh supaya perfume tersebut lebih serasi dengan minyak pada kulit anda. 

2. Pakai perfume lebih daripada satu pada masa yang sama 

Setiap perfume mempunyai keharmonian baunya tersendiri. Sekiranya anda menggunakan perfume lebih daripada satu pada masa yang sama, keharmonian perfume akan hilang. Ini akan hanya merosakkan ciri-ciri setiap perfume dan menimbulkan bau yang kurang menyenangkan. Oleh itu, elakkan menggunakan lebih daripada satu jenis perfume pada masa yang sama kerana ia menjejaskan keharmonian bau. 
3. Pakai di tempat yang salah 

Perfume berkesan kepada kulit yang 'panas' dan mempunyai peraliran darah yang baik. Oleh itu, kenal pasti tempat atau bahagian tubuh yang perlu dikenakan perfume.

4. Pakai dari atas ke bawah 

Selalunya kita pakai perfume mulda dari badan ke bawah kan? Cuba terbalikkan iaitu mulakan dari bahagian pergelangan kaki ke atas sehingga ke belakang telinga. Kaedah ini dapat menguatkan lagi bauan perfume tersebut. 

5. Pakai perfume di baju 

Pakai perfume pada badan bukannya pada baju. Selalu kita pakai perfume selepas pakai baju kan? So kali ni pakai perfume dulu baru pakai baju. 

6. Menggosok perfume selepas pakai 

Kalau jenis spray, selepas di spray di pergelangan tangan, jangan di gosok perfume tersebut kerana molekul perfume akan pecah seterusnya note atas or median akan hilang. Ini akan menyebabkan bau perfume menjadi kurang tahan lama. 

7. Pakai perfume di tempat letak barang kemas/perhiasan/jam tangan 

Anda juga jangan memakai perfume dekat barang kemas/perhiasan/jam tangan. Unsur-unsur kimia yang terdapat dalam barang-barang tersebut boleh mempengaruhi bau perfume apabila bercampur. Selain itu, dikhuatiri juga perfume akan merosakkan barang-barang tersebut. 

8. Letak perfume di tempat terlalu panas/terlalu sejuk 

Faktor terakhir kenapa perfume anda pakai tidak menghasilkan bau yang maksimum adalah kerana anda menyimpan perume tersebut pada suhu yang tidak sesuai seperti dalam kereta yang terdedah dengan suhu yang panas. Perfume hendaklah diletakkan di dalam tempat gelap bersuhu bilik, tidak terlalu panas atau terlalu sejuk. Suhu yang tidak sesuai akan memusnahkan molekul-molekul yang membentuk bau wangi perfume tersebut.

akhir sekali , kalo nak carik minyak wangi boleh la try terjah facebook page : Comey iShop atau personal page comey IShop ya :) dijamin puas hati dan berbaloi dgn wang anda..ditambah2 ada promosi raya sah sampai 15 august nie..



banyak lagi tawaran menarik disana.jangan lupa LIKE sekali pagenya ya.. :P

2 comments: