Tuesday 12 August 2014

Benarkah Sejarah Melayu dan India Saling Berkait ?

Assalamualaikum wbt....tatkala sedang syok layan facebook...terlihat pulak status dalam rakan facebook saya yang membawa kepada posting seorang india ini. Saya tertarik dengan posting dia yang membicarakan sejarah melayu, bagaimana dia mengaikatkan melayu dan india. Dan saya juga cukup tertarik dengan komen balas seorang melayu pada status dia. Saya kongsikan bersama, agar kita sama-sama dapat menilai dan menambah ilmu pengetahuan tentang sejarah siapa kita...

berikut adalah print screen status daripada Arun Dorasamy yang telah dikongsi sebanyak 204 di lelaman sosial facebook.





jawapan dari hujah terbabit :-










1. Adat bersanding di atas pelamin termasuk di dalam adat yang berkongsi antara berbagai kaum. Di kalangan masyarakat Arab lama, adat pelamin ini dikenali sebagai al-Minassah المِنَصَّة iaitulah kursi atau katil yang ditinggikan dihias antaranya untuk pengantin untuk diperlihatkan kepada orang ramai. (Rujuk al-Misbah al-Munir, al-Mu’jam al-Wasit demikian juga al-Ghaniy)

2. Masyarakat Parsi juga mempunyai budaya persandingan mereka, dan ini dicatat seawal pada zaman kerajaan purba Parsi lagi dan diwarisi sehingga ke hari ini.
Gambar: http://postimg.org/image/c2gnwfjsj/

3. Masyarakat Cina Ughyur juga mempunyai budaya perkahwinan mereka tersendiri iaitu apabila mereka berkahwin, pasangan suami isteri akan didudukkan di atas sebuah kereta kuda yang ditarik, sambil diperhatikan oleh orang ramai.

Gambar: http://postimg.org/image/w0hdddfhv/

4. Masyarakat Mongol juga tidak ketinggalan mempunyai budaya persandingan mereka apabila mereka akan disandingkan di dalam sebuah khemah yang membentuk rumah tradisional mongol yang lama. Gambar yang saya paparkan kepada anda adalah gambar orang tertinggi di dunia yang berasal daripada Monggolia sedang bersanding dengan isterinya.

Gambar: http://postimg.org/image/oix3j5jyl/

5. Masyarakat Mesir Pubra adalah yang terawal mempunyai budaya persandingan dalam perkahwinan. Rekod-rekod arkeologi memperlihatkan bagaimana ukiran pengantin sednag berkahwin di pirmaid mereka serta tinggalan patung pengantin.

Gambar 1: http://postimg.org/image/5jgh92p9t/
Gambar 2: http://postimg.org/image/bvketncdx/

6. Masyarakat Pakistan juga mempunyai budaya persandingan mereka. Walaupun beragama Islam, budaya persandingan kekal sampai ke hari ini seperti mana dalam gambar di bawah.

Gambar: http://postimg.org/image/j6uan8dql/

7. Masyarakat Korea juga mempunyai budaya persandingan mereka terutama yang berdarah keturunan bangsawan. Gambar di bawah memperlihatkan di mana masyrakat Korea bersanding di atas dua buah kerusi sambil diapit oleh ibu bapa mereka. Tak ada pula rekod dalam sejarah memperlihatkan di mana bangsa Korea mengganut agama Hindu.

Gambar: http://postimg.org/image/akiuv7w6r/

8. Budaya masyrakat di Asia Tenggar aseperti Khmer, Thai dan Burma juga mengamalkan budaya persandingan, bukan termasuk Melayu sahaja. Anda boleh lihat gambar di bawah, meski sedikit berbeza namun mereka lagi bersanding.

Gambar Thai: http://postimg.org/image/lxnhccb4d/
Gambar Burma: http://postimg.org/image/605yiug9d/
Gambar Khmer: http://postimg.org/image/s283cdq6n/











hubungan austronesia bahasa melayu boleh rujuk video ini:-




Helmi Effendy Arun Dorasamy

1. Pertama, saya mengaku bahawa Bahasa Melayu mempunyai pengaruh Sanskrit dan semua orang mengaku akan kebenarannya. Bahkan perkataan Tamil pun wujud dalam bahasa Melayu. Tetapi bahasa Melayu juga mempunyai pengaruh Arab, Turki, Parsi, dan sebagainya. 

2. Macam yang saya cakapkan tadi perkara ini berlaku kerana Tamadun Melayu itu sendiri sifatnya bagaimana, terletak di laluan perdagangan antarabangsa menjadikan Tamadun Melayu sebagai antara Tamadun paling terbuka dan bertoleransi menerima budaya dan bahasa dari seluruh dunia. 

3. Boleh lihat pada catatan di bawah: 

“Lima kurun dahulu, Melaka dikunjungi 2,000 kapal sehari iaitusesibuk pelabuhan Singapura moden kini, yang menjadikannya satu daripada tigapelabuhan yang tersibuk di dunia … Di situ terdapat orang-orang Gujerat, Tamil,Bengali daripada India berniaga dengan orang Melayu, Cina dan Arab secaraharmonis; bandar raya dengan 100,000 penghuni, 84 bahasa dituturkan di pasar.Sultan yang memerintah, telah memastikan keselamatan Selat Melaka daripadalanun, dan barangan dapat disimpan dalam ratusan gudang dengan selamat. Jikaada sebarang pertelingkahan undang-undang yang berwibawa dilaksanakan ke atasorang tempatan dan asing seadilnya.”

Simon Elegant, Far Eastern Economic Review (IO Jun, 1999:45)

4. Perkara ini berlaku pada setiap TAMADUN yang pernah membina empayar yang luas, atau berada di laluan perdagangan dunia. Jadi, perkara ini memang tak hairan. 

5. So you did not said that Parameswara is Tamil indeed you said that he is Indian/Hindu. Dalam perkara dan persoalan mengenai Hindu, saya rasa semua di sini sepakat mengatakan bahawa dia adalah Hindu, tetapi tidak Indian. Rasanya istilah Indian itu sendiri perlu diperhalusi kerana di India terdapat dua keluarga bangsa. 

Pertama ialah Indo Aryan yang mernagkumi bangsa seperti Punjabi manakala kedua ialah Dravidian iaitu etnik saudara sendiri iaitu Tamil. 

Jadi Indian yang mana sedangkan Parameswara ialah putera daripada bangsawan Srivijaya yang runtuh? 

5. Saya tidak pernah menolak mengenaihubungan rapat antara India dan Tamadun Melayu, bahkan saya sendiri mengiayakan. Tetapi macam yang say akatakan, dengan memetik pendapat daripada sejarawan tempatan yang terkenal iaitu Prof Nik Hassan bahawa proses Indianisasi itu sebenarnya berbentuk mengambil sedikti budaya India dan menukarkannya kepada budaya tempatan, seperti mana yang berlaku pada budaya Arab. 
(copy paste dari facebook)

Memang amat menarik sekali jawapan balas yg diberikan.sungguh membuka minda dan menambah ilmu pengetahuan. Dari sini kita perlu sedar, betapa peri pentingnya untuk kita sendiri mengenal sejarah bangsa kita. Dan sekaligus juga membuktikan bahawa sememangnya ada usaha2 dari pihak lain yang cuba memesongkan kita dari sejarah yg sebenar.

Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada semua pembaca.


0 comments:

Post a Comment